“Kanda mahu tidur dulu. Kata orang, meninggalkan dunia dalam tidur tidak terlalu menyakitkan seperti ketika jaga. Kanda tidak mahu menyulitkan perasaan Dinda melihat pemergian Kanda. Semoga Allah permudahkan pemergian Kanda untuk Dinda dan anak-anak,”
” Mel, saya rasa cukuplah setakat ini hubungan kita. Saya tak yakin kita boleh teruskan lagi hubungan ini. Terus terang saya katakan, Kasih sayang saya terhadap awak semakin hari semakin pudar. Tolong jangan cari saya lagi. Anggaplah kita tak ada jodoh, dan andai ada suatu hari nanti, InsyaAllah kita jumpa lagi. Jaga diri baik-baik. Salam. ”
” Saya ingat janji saya. Tapi saya harap biarlah kita jumpa secara kebetulan bukannya dirancang.” ujar Haziq tenang. Aku menunduk sebentar. Kebetulan dan bukan dirancang. Aku tak ada banyak masa lagi. Nak jumpa kali ke 2 dan 3 mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun.