“Akak??? Yana ada lecturer baru kak.. Foreigner.. agak handsome” Ujar Liyana sebelum memejamkan mata. Shiema yang ketika itu masih menghadap laptopnya bagi membaca novel serta karya-karya baru di blog kegemarannya hanya endah tak endah dengan adiknya. Bukk!! Liyana membaling bantal ke arah Shiema. “Yana!!!” Shiema separuh menjerit. “Sedar pun.. akak dengar la ni??? orang nak cerita ni.. tak lari ke mana pun novel tu kak???” Liyana merungut. “Akak dengarla.. cerita je la..” Jawab Shiema. Matanya masih tidak berganjak. “Malasla.. yana tidur dulu la.. sengal la akak ni???” Liyana menarik muncung. Shiema yang perasan dengan itu hanya membiarkan. Dia sudah lali dengan perangai satu-satu adiknya itu. Rajuk Liyana hanya seketika.
“Hada! Aku rasakan kau jangan yang 1-3 month nie.. nanti sekejap je dia dapat pakai.. kalau shipping barang sampai sebulan lepas kita balik dah tu dia pun dah 3 bulan..” Shazana memberi pendapat kerana dia dah ada pengalaman dengan anak kakaknya.
“Sabarlah…. jangan baran tak tentu pasal. Nanti cepat mati, kena heart attack! kau tau jela, KL ni sesak, mesti diorang tersangkut dalam traffic jam. Lagipun Sabah Sarawak sana tak pernah sesak macam ni?” Nasihat Tatty selamba.