Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
Oleh : Alisya Syafina“Saya cintakan awak dan saya nak awak jadi yang halal bagi saya..”ucap lelaki itu bersungguh-sungguh bagi meyakinkan si gadis.Sesiapa sahaja yang mendengar pengakuan sebegitu dari seorang jejaka yang kita cintai,pasti akan terharu...